Isnin, 15 September 2014

Jitra..ape yang best disini?

Hari tu (lama dah) ada sedara hasben dari Pattani datang ke Jitra...Pastu diorang tanya tempat2/makanan yang best di Jitra ni...Alamak susah beno soklan cenggini...Aku pun taktau apa yang menarik kat sini..Jap jap aku nak pikiaq sat no...

1. Pusat Reakrasi Bukit Wang

Bukit Wang ni kawasan orang berkelah dan mandi manda sebab ada ayaq terjun.. Aku dah besa pi 2,3 kali ke tempat ni....Musim cuti memang ramai orang kat sini...Juga merupakan tempat dating kapel2...Tapi kawasan ni pernah kena tutup sebab ada kes Leptospirosis...Musim kemarau airnya cetek dan jernih...Kalau musim hujan memang bahaya la tempat ni dan tak best sebab air keroh pastu banyak pacat.

2.Lye Huat Garden (Mini Zoo&Taman)-dah tutup

Tempat ni best tapi sayangnya dah pun tutup..Dengar kata masalah peribadi pemilik kot...Aku dah banyak kali pi tempat ni sebab tepi highway saja. Kiranya tempat peberet anak2 aku la..Ada banyak la haiwan kat sini macam buaya, harimau, beruang, burung unta, spesies monyet, burung2 dan paling best sebab ada ikan dalam kolam kaca/akurium besar..Selain tu yang speselnya ada burung cenderawasih..Kalau datang sini  aku kena beli kat anak2 aku makanan ikan sorang sebungkus.. Suka depa sebab ada ikan warna warni besar2 pulak tu dalam kolam ikan...memang merenyut la kalau lempar makanan kat depa...Kemudian ada banyak jugak pasu2 seramik, patung2 haiwan...

3. Tasik Darul Aman

Tasik ni terletak bersebelahan dengan tol singgitnam...Kalau tak silap banyak sangat acara yang dah berlangsung disini macam Jom Heboh, Sambutan Hari Raya Peringkat Kebangsaan, tempat persandingan artis, tempat penggambaran dan macam2 lagi..Tasik ni jadi tumpuan orang untuk beriadah terutama penuntut2 ipt UUM,POLI,IPDA,ILP, KKBDA, dan lain2...Selalu jugak aku pi jogging dan beriadah dgn keluarga.. Tapi tak bestnya ramai sangat orang dok berdating di sini..Nyampah!!!Selain jogging di sekitar trek tasik aktiviti lain adalah berkayak, mengayuh *bot itik*, bersiar2 dengan buggy dan lain2...

4. Restoren Jo Cendol Pulut..

Terletak di Napoh. Makanan paling spesel cendol pulut, bihun sup utara, laksa, dan gulai ayam kampung..Tapi aku lama dah tak berenti makan disitu sebab ramai sangat manusia..Parking pun selalu penuh..

5. Restoren Mahani Johari

Paling best yang ni lah..Ada tiga cawangan di Jitra. Tapi satu cawangan di Napoh dah tutup..Yang aku selalu pi di Taman Mahsuri..Satu lagi terletak di belakang market Jitra..Menu pilihan aku Khensom Puyu, Tomyam Udang Besar, Siakap Tiga Rasa, Somtam dan KueTeow Hailam..Harga mahal sikit pun takpa sebab sedaap..

6. Arabian Fried Chicken

Baru bukak cawangannya di Jitra..Menu2 yang best Nasi Khabsah Kambing dan Nasi Mandy Kambing..Puding nasi dia pun best..

7. Restoren Bunga naga

Restoren ni menghala jalan ke Kuala Nerang kalau keluar dari Susur Keluar Bandar Darul Aman...Agak unik dan lain dari yang lain..Restoren terletak atas bukit..Pemandangan cantik dengan pokok2 hutan..Menu kebanyakannya berasaskan buah naga..Menu pilihan aku air buah naga(sejag RM12.00), Kerabu Tok, asam pedas tumis dan tapai...

8. Berger Lebai

Terletak di Medan selera depan Bank Islam..Banyak pilihan berger dan makanan western mcm chiskenchop dan steak...Not bad la...

9. Bihun Sup Daging Tempatan

Terletak di jalan Sungai Korok..Banyak deretan kedai best kat sini. Tapi paling best gerai bihun sup la..Terbaikk

10. Pasar Malam

Ahad(area stesyen bas Jitra), Isnin (Taman Pasu), Selasa (Kepala Batas), Rabu (Taman Suria), Khamis (Taman Mahsuri), Jumaat (Nat Asun & Nat Tok Jalai), Sabtu (Taman Aman)


Rasanya itu ja yang aku ingat....
sumber: http://marimembacablogaku.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan