Ahad, 14 September 2014

Char Koay Teow di Jitra

Sebut saja Char Koay Teow tentunya teringatkan Penang char koay teow, tetapi tidak lagi di Jitra yang seolah-olah memiliki identiti yang sama dengan Pulau-Pinang dengan masakan char koay teow.
Lokasi gerai dan kedai char koay teow yang menjadi tumpuan adalah sekitar Pantai Halban iaitu sekitar pasaraya Yawata, Kedai Dr Rozmey dan KFC. Antara jenama char koay teow yang popular adalah Gani Char Koay Teow, Marvellous Char Koay Teow, Putra Corner Char Koay Teow dan banyak lagi.
Beroperasi bermula jam 6 petang sehingga lewat malam menjadikan destinasi tumpuan dan tarikan kepada mereka yang ingin relaks dan santai pada waktu malam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan