Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada
anda seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.

Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.