Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana hendak memasuki sempadan Malaysia-Thailand. Saya telah kongsi kepada tetamu-tetamu yang menginap di Nurmas Homestay tentang prosedur-prosedur yang diperlukan. Kali ini saya akan berkongsi kepada penjenguk-penjenguk blog Nurmas Homestay bagaimana prosedur biasa untuk memasuki negara jiran Thailand.
Pintu sempadan
Bukit Kayu Hitam adalah pintu sempadan yang sangat-sangat sibuk terutamanya hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum manakala Padang Besar dan Wang Kelian adalah pintu sempadan yang tidak sibuk.
Passport atau Border Pass mestilah ada bagi membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara. Border Pass istimewa untuk penduduk Kedah, Perlis, Perak, Kelantan yang bersempadan dengan negara Thailand.
Sebelum Ke Sempadan
Pastikan setiap kenderaan anda di lindungi Insurans dari syarikat Thailand. Insurans kebiasaan yang dibeli adalah insurance third party. Insuran Compulsory adalah insuran wajib yang mesti ada bagi setiap kenderaan luar yang masuk ke Thailand. Insuran ini hanya memberi perlindungan kepada rakyat Thailand sahaja dari segi rawatan perubatan. Insuran ini tidak memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia serta kenderaan.
Sebagai contoh sekiranya anda ke Hatyai melalui pintu Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, anda hanya perlu membeli Compulsory Insurance sahaja. Tetapi sekiranya perjalanan jarak yang lebih jauh seperti ke Krabi, Phuket dan lain-lain dinasihat agar membeli satu lagi insuran Voluntary. Insuran ini memberi perlindungan kepada kenderaan rakyat Thailand. Sekiranya anda menghadapi kemalangan melibatkan kenderaan maka insurans ini dapat membantu dengan hanya menunjukkan polisi insuran, namun sebaliknya anda perlu membayar tunai sekiranya tidak memiliki insuran.
Anda mesti bawa geran kereta asal atau salinan geran kereta cetakan depan dan belakang atau salinan Siji Pemilikan Kenderaan yang merupakan dokumen menggantikan geran kereta jenis lama.
Prosedur Biasa dengan Berkereta
1) Pergi ke kaunter Imigresen Malaysia dengan berkereta tanpa perlu turun dan serahkan passport ke kaunter. Pasport anda akan discan dan diperiksa semudah A B C.
2) Selesai sudah, teruskan kenderaan anda ke sempadan Thailand dan parking di tempat letak kereta. Anda dan keluarga anda perlu turun dari kereta menuju ke kaunter Imigresen Thailand.
3) Dapatkan borang TM6 Arrival & Departure di PEJABAT Imegresen Thai untuk setiap orang sekiranya anda menggunakan Passport. Manakala yang menggunakan border pass hanya memerlukan satu borang untuk setiap buku border pass. (dalam satu border pass maksima 5 orang)
4) Dapatkan 2 set borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List dan isikan butiran yang di perlukan. Satu helai borang akan ditinggalkan di pintu masuk pihak kastam Thai dan satu lagi ditinggalkan apabila anda meninggalkan Thai.
5) Setiap orang perlu ke kaunter Imegresyen. Pastikan Passport/Border Pass + TM6 + RM1 (RM1 ni akan diminta oleh pegawai siam), kemudian Scan Muka di kamera.
7) Pemandu kereta perlu ke kaunter CUSTOM/ Kastam dengan Geran/Salinan depan belakang, Passport/border pass. Insurans tak perlu bawa. Nama di geran kereta mesti sama dengan passportnya ye untuk memudahkan. Serahkan kepada kastam siam geran serta borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List dan dia akan taip dengan percuma. Borang seperti gambar dibawah....awas jangan hilang borang ini yaaa sebab akan diserahkan bila anda balik ke Malaysia.
JIKA ANDA TIDAK KEMBALIKAN BORANG KASTAM
DALAM MASA YANG DITENTUKAN, ANDA PERLU
BAYAR DENDA UNTUK SETIAP HARI LEWAT SEBANYAK
1,000 BATH DAN TIDAK MELEBIHI 10,000 BATH
8) Ambil kereta dan pandulah ke seluruh Thailand.
Perjalanan Balik
1) Nak balik pula pandu kereta dan parking kereta di tempat yang boleh parking.
2) Semua yang ada dalam kereta kena ke kaunter imigresen dengan passport + VISA + RM1 dan scan muka.
3) Kertas Kastam dan TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List tadi perlulah diserahkan kepada pegawai dan tandatangan.
4) Pandu ke kaunter imigresen Malaysia dan serahkan Passport/ Border pass.
Itulah antara tips untuk berkereta ke Thailand. InsyaAllah akan disambung lagi cerita-cerita Thailand . Selamat Melancong Ke Thailand
contoh surat kebenaran pemilik kereta;
************************************************************
Muhammad xxxxx
Alamat
Taman
08400 Merbok ,
Kedah
Pejabat Immigresen Bukit Kayu Hitam,
Kompleks Imigresen,
06050 Bukit Kayu Hitam,
Kedah Darul Aman.
16/03/2015
Tuan,
KEBENARAN UNTUK MEMBAWA KERETA KE THAILAND MALAYSIA NOMBOR PENDAFTARAN WWW8888
Saya Muhammad xxxxx ( No. Kad Pengenalan Malaysia Nombor: 800501-02-xxxx ) memberikan kebenaran kereta saya dengan nombor pendaftaran kereta Malaysia WWW8888 kepada Abu xxxxx ( No. Kad Pengenalan Malaysia Nombor: 780201-02-xxxx ) untuk memandu masuk ke Thailand .
2. Spesifikasi kereta saya adalah;
Jenama : Proton
Model : Exora
Tahun pendaftaran: 2013
Nombor pendaftaran kereta Malaysia : WWW8888
No. Chassic : xxxxxxxxxxxxx
Yang benar ,
________________
(MUHAMMAD XXXXX)
Pintu sempadan
Pintu Sempadan
|
Masa Buka
|
Masa Tutup
| |||
Malaysia
|
Thailand
|
Waktu Malaysia (UTC +8)
|
Waktu Thailand (UTC +7)
|
Waktu Malaysia (UTC +8)
|
Waktu Thailand (UTC +7)
|
Wang Klian (Perlis)
|
Khuan Don (Satun) (juga dikenali sebagai Wang Prachan)
|
8:00 pagi
|
7:00 pagi
|
7:00 malam
|
6:00 petang
|
Padang Besar (Perlis)
|
Padang Besar (Songkhla)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
10:00 malam
|
9:00 malam
|
Bukit Kayu Hitam (Kedah)
|
Sadao (Songkhla) (juga dikenali sebagai Dannok)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
12:00 tengah malam
|
11:00 malam
|
Kota Putra (Kedah) (juga dikenali sebagai Durian Burung)
|
Ban Prakob (Songkhla)
|
8:00 pagi
|
7:00 pagi
|
6:00 petang
|
5:00 petang
|
Bukit Berapit (Perak) (juga dikenali sebagai Pengkalan Hulu)
|
Betong (Yala)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
11:00 malam
|
10:00 malam
|
Bukit Bunga (Kelantan)
|
Ban Buketa (Narathiwat)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
7:00 malam
|
6:00 petang
|
Rantau Panjang (Kelantan)
|
Sungai Kolok (Narathiwat)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
10:00 malam
|
9:00 malam
|
Pengkalan Kubor (Kelantan)
|
Tak Bai (Narathiwat)
|
6:00 pagi
|
5:00 pagi
|
7:00 malam
|
6:00 petang
|
Bukit Kayu Hitam adalah pintu sempadan yang sangat-sangat sibuk terutamanya hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum manakala Padang Besar dan Wang Kelian adalah pintu sempadan yang tidak sibuk.
Passport atau Border Pass mestilah ada bagi membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara. Border Pass istimewa untuk penduduk Kedah, Perlis, Perak, Kelantan yang bersempadan dengan negara Thailand.
Sebelum Ke Sempadan
Pastikan setiap kenderaan anda di lindungi Insurans dari syarikat Thailand. Insurans kebiasaan yang dibeli adalah insurance third party. Insuran Compulsory adalah insuran wajib yang mesti ada bagi setiap kenderaan luar yang masuk ke Thailand. Insuran ini hanya memberi perlindungan kepada rakyat Thailand sahaja dari segi rawatan perubatan. Insuran ini tidak memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia serta kenderaan.
Sebagai contoh sekiranya anda ke Hatyai melalui pintu Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, anda hanya perlu membeli Compulsory Insurance sahaja. Tetapi sekiranya perjalanan jarak yang lebih jauh seperti ke Krabi, Phuket dan lain-lain dinasihat agar membeli satu lagi insuran Voluntary. Insuran ini memberi perlindungan kepada kenderaan rakyat Thailand. Sekiranya anda menghadapi kemalangan melibatkan kenderaan maka insurans ini dapat membantu dengan hanya menunjukkan polisi insuran, namun sebaliknya anda perlu membayar tunai sekiranya tidak memiliki insuran.
Compulsory Insurance |
Voluntory Insurance |
Anda mesti bawa geran kereta asal atau salinan geran kereta cetakan depan dan belakang atau salinan Siji Pemilikan Kenderaan yang merupakan dokumen menggantikan geran kereta jenis lama.
Geran Kereta |
Sijil Pemilikan Kenderaan |
Prosedur Biasa dengan Berkereta
1) Pergi ke kaunter Imigresen Malaysia dengan berkereta tanpa perlu turun dan serahkan passport ke kaunter. Pasport anda akan discan dan diperiksa semudah A B C.
2) Selesai sudah, teruskan kenderaan anda ke sempadan Thailand dan parking di tempat letak kereta. Anda dan keluarga anda perlu turun dari kereta menuju ke kaunter Imigresen Thailand.
3) Dapatkan borang TM6 Arrival & Departure di PEJABAT Imegresen Thai untuk setiap orang sekiranya anda menggunakan Passport. Manakala yang menggunakan border pass hanya memerlukan satu borang untuk setiap buku border pass. (dalam satu border pass maksima 5 orang)
5) Setiap orang perlu ke kaunter Imegresyen. Pastikan Passport/Border Pass + TM6 + RM1 (RM1 ni akan diminta oleh pegawai siam), kemudian Scan Muka di kamera.
7) Pemandu kereta perlu ke kaunter CUSTOM/ Kastam dengan Geran/Salinan depan belakang, Passport/border pass. Insurans tak perlu bawa. Nama di geran kereta mesti sama dengan passportnya ye untuk memudahkan. Serahkan kepada kastam siam geran serta borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List dan dia akan taip dengan percuma. Borang seperti gambar dibawah....awas jangan hilang borang ini yaaa sebab akan diserahkan bila anda balik ke Malaysia.
JIKA ANDA TIDAK KEMBALIKAN BORANG KASTAM
DALAM MASA YANG DITENTUKAN, ANDA PERLU
BAYAR DENDA UNTUK SETIAP HARI LEWAT SEBANYAK
1,000 BATH DAN TIDAK MELEBIHI 10,000 BATH
8) Ambil kereta dan pandulah ke seluruh Thailand.
Perjalanan Balik
1) Nak balik pula pandu kereta dan parking kereta di tempat yang boleh parking.
2) Semua yang ada dalam kereta kena ke kaunter imigresen dengan passport + VISA + RM1 dan scan muka.
3) Kertas Kastam dan TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List tadi perlulah diserahkan kepada pegawai dan tandatangan.
4) Pandu ke kaunter imigresen Malaysia dan serahkan Passport/ Border pass.
Itulah antara tips untuk berkereta ke Thailand. InsyaAllah akan disambung lagi cerita-cerita Thailand . Selamat Melancong Ke Thailand
contoh surat kebenaran pemilik kereta;
************************************************************
Muhammad xxxxx
Alamat
Taman
08400 Merbok ,
Kedah
Pejabat Immigresen Bukit Kayu Hitam,
Kompleks Imigresen,
06050 Bukit Kayu Hitam,
Kedah Darul Aman.
16/03/2015
Tuan,
KEBENARAN UNTUK MEMBAWA KERETA KE THAILAND MALAYSIA NOMBOR PENDAFTARAN WWW8888
Saya Muhammad xxxxx ( No. Kad Pengenalan Malaysia Nombor: 800501-02-xxxx ) memberikan kebenaran kereta saya dengan nombor pendaftaran kereta Malaysia WWW8888 kepada Abu xxxxx ( No. Kad Pengenalan Malaysia Nombor: 780201-02-xxxx ) untuk memandu masuk ke Thailand .
2. Spesifikasi kereta saya adalah;
Jenama : Proton
Model : Exora
Tahun pendaftaran: 2013
Nombor pendaftaran kereta Malaysia : WWW8888
No. Chassic : xxxxxxxxxxxxx
Yang benar ,
________________
(MUHAMMAD XXXXX)
- Perkhidmatan Insurans Kenderaan ke Thailand
- Membawa Kereta dan memasuki Thailand
- Pas Sempadan Malaysia - Thailand
- Percutian Ke Ao Nang, Krabi dan Phuket
- Sepetang di Zoo Songkhla, Thailand
- Danok, Thailand adalah Sempadan Bukit Kayu Hitam
- Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand
- Perjalanan Masuk-Keluar dengan kereta Ke Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam
trima kasih info berguna
BalasPadamtrima kasih info berguna. Kalau boleh minta cerita tempat-tempat yang menarik untuk dilawati disana....tq
BalasPadamassalam..confuse kat sini..jadi geran kalau xde original bawa fotostat pun dh boleh ye? geran/salinan kene dicop bank ke atau tak perlu?
BalasPadamOriginal boleh.......photosatat depan belakang pun boleh. Tak perlu cop.
Padamterima kasih untk info.. nak tanya perlu ke bawak salinan insurans body kereta? sbb ada org ckp perlu... mksd cik geran shaja fotostat pon xpe asl kn depan belakang... tq harap dpt bantu
Padamklu bawa kenderaan sewa mcm mn?blh jg ke?
BalasPadamkenderaan sewa....kena ada salinan geran juga........dan mesti sama dengan pemandunya....
PadamMesti sama dgn pemandunya? Bermaksud apa ya? Geran tu dah sah2 drp company kereta sewa. Pemandunya adalah org yg menyewa. Mcm mana tu? Bole terangkan... sbb kami nak sewa kereta dan pemandu itu adalah suami sy. Kena mintak geran original x drp company sewa kereta tu? Atau fotostat sudah cukup?
PadamPerlu rujuk pada compony sewa kereta terlebih dahulu. Saya tak fikir compony tu akan benarkan kereta keluar dari Malaysia........
PadamPerlu rujuk pada compony sewa kereta terlebih dahulu. Saya tak fikir compony tu akan benarkan kereta keluar dari Malaysia........
Padamkalo kenderaan atas nama company cam ner?
BalasPadamatas nama compnay sendiri...
kalau nama syarikat kena surat kebenaran dari syarikat
Padambagaimana kalau masuk ikut wang kelian ke thailand dan keluar ikut pintu bukit hayu hitam...boleh ka
BalasPadamBOLEH........
Padamkalau kerja kat bangkok tapi nk bwk kereta,kos dia berapa?
BalasPadamMaksud kos apa ya? cerita kat atas nak masuk ke seluruh Thailand.
PadamSalam..jika hendak ke krabi..lalu ikut wang kelian..area mana utk buat insurans kereta dan tkr wang...dan kaunter insurans selalunya buka pkl bp?
BalasPadamKe Krabi area padang besar saya tak pasti.....selalu buat insurans area changlun sahaja.......masuk ikut wang kelian kena cas RM10 satu kereta....Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam tiada cas........
BalasPadamMay I know more about Ban Prakob/Na Thawi/Songkhla Province please.
BalasPadamIs this a town and is there any activity or hotels to stay etc?
Rajan Baliah Esq
www.wannagonext.blogspot.com
www.lahatdatu.com
http://www.protonsuprimashatchback.com
Maaf tuan, Banyak sangat tempat tu. Better tuan rujuk Mr. Google.
PadamKalau nak jalan 2-3 hari ke thailand n drive kete sendiri boleh ke atau ada limitnya...contohnya kalau duduk sana lebih seminggu baru boleh bawak kereta sendiri..insuran thailand ada utuk 2-3 hari ke
BalasPadamNak pergi 1 jam pun boleh bawa kereta sendiri
PadamKadar Insurans
Padamhttp://www.nurmas-homestay.blogspot.com/2014/12/insurans-kereta-ke-thailand.html
Kalau custom form yg dh declare tu diaorang terus simpan & tak bg selepas selesai declare kt kaunter tu, jd time nk balik sepatutnya kna serahkan balik. Tp tak dpt return time nk keluar,, semua bahagian yg kna sain dh selesai time mula declare tu.. Mcmna kira tuu.. Kes ni pnh jd kt sy..
BalasPadamCustom form mesti dikembalikan. Kereta yang pernah masuk akan BLACKLIST.....Kena denda kalau nak masuk semula ke siam. Kadar bayaran saya tak pasti. ............Nak masuk bawa kereta lain lah yeee
PadamSaya baru balik dari Hatyai cuti Raya. Kereta pemandu yang dihadapan saya semasa masuk Siam diminta bayar saman 2000 baht kerana tidak memulangkan salinan permit pada trip yang lalu. Pemandu buat macam tak tentu tetapi hakikatnya, kalau pegawai kata kena bayar saman kerana sistem computer tak tipu, kena bayar juga dengan serta merta kalau mahu masuk Siam pada waktu itu.
PadamSaya baru balik dari Hatyai cuti Raya. Kereta pemandu yang dihadapan saya semasa masuk Siam diminta bayar saman 2000 baht kerana tidak memulangkan salinan permit pada trip yang lalu. Pemandu buat macam tak tentu tetapi hakikatnya, kalau pegawai kata kena bayar saman kerana sistem computer tak tipu, kena bayar juga dengan serta merta kalau mahu masuk Siam pada waktu itu.
Padamramai yg kata nk masuk pakai keta sendri kena cop dari jpj atau polis??btl ka??
BalasPadamTak betul. Orang yang kata tu tak pernah masuk ke siam bawa kenderaan sendiri....
PadamInsurans ada jual di Changlun saja ka? Pintu sempadan lain ada tak tempat nak beli insurans?
BalasPadamhttp://www.nurmas-homestay.blogspot.com/2014/12/insurans-kereta-ke-thailand.html
Padamada visa ke
BalasPadammasuk negara ASEAN kecuali Kemboja hanya Visa kertas di kaunter sahaja
Padamkalau masok ikot Bukit Kayu Hitam, tapi nk balik ke Malaysia ikut Wang Kelian, boleh ka ?
BalasPadamBoleh
Padamkalau masok ikot Bukit Kayu Hitam, tapi nk balik ke Malaysia ikut Wang Kelian, boleh ka ?
BalasPadamklau parking dekat sempadan thailand kna buat insurans x?
BalasPadamTak kena
Padamassalamualaikum tuan.. berkenaan geran kereta asli/ photostat.. utk yang terkini masih lagibteroakai ke yg salinan? ade juga refer kawan2.. katanya perlu yg original.. mohon bantuan tuan.. syukran
BalasPadamsalinan atau original pastikan bahagian belakang geran tu update roadtax
PadamSalam Tuan. Bagaimana pula kalau original/photostat geran saya bahagian belakang tu takde yg updated sebab renew tahun ini agent insurans pakai MYEG online. Dia tak ambil geran dari bank. Saya ada tanya Bank, Bank pun cakap memang takde sebab renew pakai MYEG. Bagaimana Tuan? saya akan masuk 14 December ini.
PadamTerima kasih.
Maaf lewat respond...kalau esok nak pergi thailand. Bawa salinan geran pergi ke myeg... selepas rtc napoh ada cendol pulut johari ke depan sikit sebelah kiri ada kedai myeg...update salinan geran kat situ
PadamSalam tuan kalau keta kepunyaan orang lain adakah custom siam bleh terima? mohon penjelasan TQ.
BalasPadam7) Pemandu kereta perlu ke kaunter CUSTOM/ Kastam dengan Geran/Salinan depan belakang, Passport/border pass. Insurans tak perlu bawa. Nama di geran kereta mesti sama dengan passportnya ye untuk memudahkan. Serahkan kepada kastam siam dan dia akan taip dengan percuma. Borang seperti gambar dibawah....awas jangan hilang borang ini yaaa sebab akan diserahkan bila anda balik ke Malaysia
mesti ada surat kebenaran macam contoh atas
Padamsalam tuan.. surat seperti diatas boleh ke berbahasa malaysia atau dalam bahasa inggeris?? mohon penjelasan..
Padamn lg perlu ka surat tu die cop di balai polis??
Triima kasih info yg sgt berguna. Tp just nak mintak clear. Klu owner kreta yg bawa sendiri kreta tu x perlu la surat kebernaran pemilik tu kan???....
BalasPadamya betul
Padamdalam surat kebenaran masuk kenderaan tu. ayat last skali.. apa maksud no. classic tu?
BalasPadamno chasis
PadamSalam bekenaan surat kebenaran pemilik tu kena taip sendiri atau kena buat dimana mana pejabat ke?
PadamSaya pernah 3 kali bawa keta ke thailand, memang takder kesulitan. Betul bagai yg ditulis! Jangan susah hati, ianya senang!
BalasPadamTepat sekali
PadamAda ke kedai insurans di pekan changlon buka 24jam
BalasPadamtak pasti 24 jam...tapi seawal pagi dan larut malam adaaaa
PadamNak tanya...ada tak perkhidmatan sewa kereta yang boleh drive sendiri di sempadan thailand?
BalasPadamMaaf saya tak pasti....mungkin ada dan mungkin tak.....kalau ada risiko besar rasanya
PadamSangat bermanfaat. Terima kasih
BalasPadamTerima kasih info yang lengkap dan berguna. Saya nak tanya kalau kereta wife saya(geran nama dia) tapi saya yg drive ke Hatyai nnti(dia ikut skli), adakah masa kat Kastam Thai, saya boleh serah form kastam tu or wife saya
BalasPadamWife Serah lagi ok
Padamhttp://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html
BalasPadamnak tnya la,klu masuk smpadan thai bln 11/1/2016,kalau nak bt awai,seawal mana ye.nurmas maju,
BalasPadamBoleh buat bila bila masa dan bila bila tarikh yg dikehendaki
Padamnurmas maju ada buat perkhidmatan insurans ke thailand x
BalasPadamcuba rujuk
Padamhttp://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html
Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Respond pun sangat cepat. Tahniah buat admin.
BalasPadamsatu soalan. kiranya boleh keluar masuk guna mana-mana 4 pintu sempadan tu lah ye? tak semestinya keluar masuk ikut satu pintu yang sama.
ya betul. Boleh keluar masuk mana-mana pintu. Contoh saya dari Jitra hendak ke Kota Bahru saya boleh masuk pintu bukit kayu hitam dan keluar Rantau Panjang.
PadamTerima kasih.
Padamassalam... tq info terbaekk.. cuma nk tau.. form TM2&3 tu nk dpt dimna..kita isi seniri ke imgresren siam yg isi..yg kata dia taip percuma tu..trima kseh..
BalasPadamTM2&3 percuma di imegresyen thai. Isi borang tersebut dua salinan tulis tangan. Taip percuma adalah borang yang kastam thai keluarkan selepas Tm2,3 diserahkan.
Padam2 salinan setiap borang atau macam mana?
Padam2 salinan setiap borang atau macam mana?
Padamassalam... tq info terbaekk.. cuma nk tau.. form TM2&3 tu nk dpt dimna..kita isi seniri ke imgresren siam yg isi..yg kata dia taip percuma tu..trima kseh..
BalasPadamassalam... tq info terbaekk.. cuma nk tau.. form TM2&3 tu nk dpt dimna..kita isi seniri ke imgresren siam yg isi..yg kata dia taip percuma tu..trima kseh..
BalasPadamSalam saya dah ambik gran ori kat bank..tp belakang geran x update lagi roadtax..mcm mane untuk update dgn cara senang dan cepat yer..ke x payah update pon xpe? Mohon pencerahan tuan.
BalasPadamBoleh kemaskini geran kat myeg dimana mana cawangan https://www.myeg.com.my/BM/approved-sites.html
PadamSalam nak tanya prosedur masih sama ke kalo bawa geran salinan depan belakang tak perlu cop pengesahan polis atau jpj??saya akan ke hatnyai minggu depan.
PadamSalam nak tanya prosedur masih sama ke kalo bawa geran salinan depan belakang tak perlu cop pengesahan polis atau jpj??saya akan ke hatnyai minggu depan.
Padammemang tak perlu cop....rasanya tak pernah disuruh cop pun
Padamsalam tn,sy ada dapat berita start 1/2 ni untuk kenderaan yang nak melepasi sempadan hanya pemegang international license sahaja di benarkan,betul ke???....mohon pencerahan tn...terima kasih.
BalasPadamTidak betul
PadamKalau roadtax/insurans tak da,ada masalah tak??
BalasPadamMemang tida masalah. Tetapi akan bermasalah sekiranya ditahan polis dan didenda. Sangat sangat bermasalah besar sekiranya langgar rakyat Thai, langgar motosikal, langgar kereta tambah pulak kalau takda duit nak ganti rugi. Lokap jawabnya.
PadamBorder pass sya kna ambil dgn pgwai kastam thai semasa ada operasi di jln sbab sya xbuat custom declaration form. So, nak tya...klau lain kali sya nak msuk thai lg ada msalah tak dan border pass boleh buat ln x?
BalasPadamBorder pass sya kna ambil dgn pgwai kastam thai semasa ada operasi di jln sbab sya xbuat custom declaration form. So, nak tya...klau lain kali sya nak msuk thai lg ada msalah tak dan border pass boleh buat ln x?
BalasPadamBorder pass buat baru tak jadi masalah. Kereta encik yang masuk dulu MUNGKIN bermasalah. Cadangan guna kereta lain.
PadamBoleh bawa teksi 1malaysia ke hat yai ke
PadamBoleh bawa sebab saya pernah nampak teksi dari Malaysia kat Songkla
Padamsalam abg.nk tya limit border pas kita bley jln smpi mna?
BalasPadambrapa kilometer dri border thai n mlay?
smpai krabi bley x guna border pass?
satu lg bley x tngal sna dlm 2 hari guna border pass
PadamDulu saya pernah ke Krabi menggunakan border pass. Tak pasti jarak berapa. Tak silap saya border pass Malaysia boleh pergi ke negeri-negeri sempadan dengan Malaysia. Negeri Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat. Manakala Negeri Krabi adalah satu negeri tidak bersempadan Malaysia, Maka perlu guna passport.
PadamGuna border pass nak tinggal 2 hari tak jadi masalah. Border pass atau passport boleh tinggal di Thailand selama 30 hari tanpa VISA. Melebihi 3o hari perlukan VISA.
PadamPerlukah Lesen Antarabangsa Ke Thailand
BalasPadamKANGAR, 28 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang memandu di Thailand tidak perlu memiliki lesen antarabangsa, sebaliknya cukup dengan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Duta Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan.
Malah, beliau turut menafikan pihak berkuasa Thailand ada mengeluarkan arahan rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu perlu memiliki lesen memandu antarabangsa berkuat kuasa 1 Feb ini.
"Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.
"Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing dan sah digunakan untuk memandu di kalangan negara anggota," katanya.
Damrong ditemui di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, malam tadi.
Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosial, pihak berkuasa Thailand akan membuat sekatan jalan raya di tempat tertentu untuk menahan pemandu asing di negara berkenaan yang tidak memiliki lesen antarabangsa.
-- BERNAMA
salam... memang xyah apply lesen antarabangsa ke
PadamYa tidak perlu
PadamNegeri: Songkhla
BalasPadamIbu Negeri: Hat Yai
Bandar di Songkhla
1.Songkhla
2.Hat Yai
3.Sadao
4.Padang Besar
5.Dannok
6.Klong Ngek
So kalau pi Hat Yai , Dannok atau Padang Besar bererti anda dah sampai di Negeri Songkhla
ade tempoh limit ke kalo nak tinggal kt thailand tanpa visa?
BalasPadamTanpa visa maksimum 30 hari. Melebihi 30 hari perlukan visa.
BalasPadamSalam,kalau keta kepunyaan org lain, dokumen yg dperlukan hanya salinan geran dan surat kebenaran kan? Perlukah ianya dicop pengesahan dan bukti kebenaran dri pemilik sprti salinan kad pengenalan pemilik keta? Maaf, sy tkot dah smpai sana jd masalah. Terima kasih..
BalasPadamDokumen yg berkaitan
BalasPadam1) geran kenderaan
2) surat kebenaran (sekiranya pemilik kereta tidak ikut serta)
3) insurans
4) tm2 (2 salinan)
5) tm3 (2 salinan)
6) tm6 (setiap orang)
7) surat kastam thai (tm2 & tm3 lengkap)
salam tuan, saya cuma nk tanya. klau masuk dari padang besar ke kelantan. adakah perjalanan ke sana sukar? maksudnya sekatan banyak ataupun berbahaya. dan lagi satu urusan masuk dekat kelantan perlu naik ferri ke?
BalasPadamGuna GPS tak sukar. Sekatan tak banyak atau biasa saja atau takda langsung. Naik Jambatan.
BalasPadamSalam Tuan... geran kereta photostat boleh guna kan? Klu kereta nama wife, nama masuk thailand sy yg drive masih perlu surat kebenaran ke? Wife ikut sekali tp sy yg drive..
BalasPadamwife ikut sekali tak jadi masalah. Kat kaunter kastam thai ajak wofe beratur sekali.
BalasPadamSalam. Saya baru jer drive ke Phuket/Krabi 12/03-15/03/2016. Borang TM2 & TM3 boleh download & print dari http://www.immigration.go.th/nov2004/en/base.php?page=download. Masa nak keluar dari Thailand, jangan sibuk beratur. Tunggu sehingga giliran kereta kita berhenti di depan kaunter imigresen baru semua turun utk cop pasport. Kalau kita turun awal & beratur, imigresen Thailand tak akan melayan/cop pasport kita.
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya akan ke krabi weekend ni. plan nak masuk melalui wang kelian. Saya akan gerak dari KL tgh malam dan di jangka sampai subuh. soalan saya :
ada tak kedai buat insurans yg buka awal pagi sepanjang perjalanan saya ke wang kelian? atau pun saya bole beli insuran di wang kelian sahaja ketika saya sampai di sana?
Kedai insurans buka pagi area wang kelian takda. Boleh WhatsApp 0195296852 untuk tolong beli insurans.
PadamTunpang tanya, kalau masuk kereta ikut dannok, then keluar serah form tu ikut padang besar boleh tak?
BalasPadamYa Boleh. Boleh masuk mana-mana pintu dan keluar mana-mana pintu
PadamNak tya surat kebenaran pemilik kenderaan kita taiq sendiri ke atau kena dapat kan dimana mana pejabat?
PadamTaip sendiri boleh, tulis tangan pun boleh
PadamMaksudnye untuk bawak masuk kereta le thailand tak perlu bayar apa2 charge mcm bwk masuk kereta ke langkawi lah ye?
BalasPadamya betul.
PadamBorder Bukit Kayu Hitam RM1 untuk setiap orang dan free kereta
Border Padang Besar RM1 untuk setiap orang dan free kereta
Border Durian Burung RM1 untuk setiap orang dan free kereta
Border Wang Kelian RM1 untuk setiap orang dan RM10 kereta
Jika nama owner kereta org lain, adakah dalam borang tms2 & tms3 nama owner dalam geran atau pembawa kenderaan tersebut berserta surat kebenaran serta copy geran? Terima Kasih
BalasPadamTM2 Name of Owner of conveyance : Nama seperti geran, Tandatangan pemilik seperti geran
BalasPadamTM3 Owned By: Nama seperti geran
Senarai Penumpang
1. Masukkan nama pemandu (remarks driver)
2.
3.
4.
Salam Saya nak tanya kalau pemandu sahaja yg ada passport lain anak2 takda passport boleh masuk ?? or semua kena ada ?? sebab saya plan nak pergi krabi..
BalasPadamWarga asing masuk Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah akan ditahan polis dan masuk tahanan imigresyen....begitu juga keadaannya jika kita ke luar negara seperti Thailand. Jangan buat begitu tuan.
PadamSalam.. nak tanya... kalu saya nk pergi ke negara thailand kena pakai pasport gak ke atau boarder pass je.. tqvm
Padamborder pass untuk orang yang beralamat atau bekerja di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak sahaja. Terhad negeri negeri siam sempadan Malaysia. Kalau ke bangkok kena passport walaupun dia rakyat kedah
Padamsalam nak tanya,geran original masih dibank.saya hanya ad geran fotocopy yang tidak update reniew roadtax. bole ke pakai?
BalasPadamfotokopi atau original mesti updated bahagian belakang. Kalau beli melalui myEG sila ke myEG untuk update
BalasPadamKalau membawa kenderaan sendiri,perlukah membuat surat kebenaran membawa kenderaan?
BalasPadamTak perlu. Maksud kenderaan sendiri adalah nama geran kereta sama dengan nama di passport pemandu
PadamSalam tuan saya nak tanya..ada x kaunter di sempadan yg boleh buat surat kebenaran bg bukan pemilik keta?
Padamada rasanya....
PadamSurat kebenaran bawa kenderan tu perlu atau tidak tandatangan Suruhanjaya Sumpah......
PadamMinggu nie saya g krabi..moto atas owner lama..belum tukar nama lagi..Consent letter dah perpare.. tapi letter tu kena sah ? cop?? dari polis/persuruhanjaya ataupun jpj? Tolong jelaskan.
BalasPadamTak perlu. Letter tu yg penting owner lama sign.
Padamkalau kita nak masuk melalui sempadan di wang kelian .. surat kebenaran tu boleh pakai bukit kayu hitam punya alamat atau kena pakai alamat lain??
BalasPadampakai alamat wang kelian
PadamKlu nak ke Pdg Besar Thailand(bkn yg kwsan perlis) still kne buat insurans or x pyah ??? Then if sya bwk moto second hand tpi dh tkr nama saya perlu tnda tgn owneer lama or x ?? Sbb nama dia yg duk kat dpn ... nama saya kat blkg...
BalasPadamKalau kena tahan polis Thai dia nak tengok insurans dan passport/border pass. Nama encik ada digeran sahlah kenderaan encik, jadi tak perlulah.
PadamSalam admin. Border pass boleh buat direct di sempadan bkit kyu hitam ke?mksud sy waktu nak masuk belah sane . lame tak proses nye? Lagi satu, kalau nak parking kereta kt smpadan, boleh ke? Selamat tak?
BalasPadamSalam admin. Border pass boleh buat direct di sempadan bkit kyu hitam ke?mksud sy waktu nak masuk belah sane . lame tak proses nye? Lagi satu, kalau nak parking kereta kt smpadan, boleh ke? Selamat tak?
BalasPadamBoleh buat....tapi takut ramai orang. Border pass boleh juga buat kat RTC Napoh Tak ramai orang, UTC Alor Setar tapi ramai orang, Anak bukit tak ramai orang. Orang kalau ramai lama lah jawabnya proses tu. Parking selamat tak selamat tu...wallahhuallam
PadamAssalam Tuan. Ada buat perkhidmatan sewa van ke krabi?
BalasPadammaaf takda
PadamSebelumni saya masuk dah banyak kali kat danok tampa insurans keta..adakah salah?atau risiko apa2.sbb kami yg tinggal dekat sini ramai masuk tampa insurans
BalasPadamInsurans berfungsi sekiranya kemalangan dengan rakyat Thai. Jadi rakyat Thai akan claim insuran yg dibeli tu. Kalau takda insurans bayar duit sendiri je. Kalau takda duit, relax kat balai polis Thai hingga selesai.
PadamMohon bantuan.. ada sapa2 yg baru balik dari Krabi & Phuket baru2 ni.. saya ada soalan hendak bertanya..
BalasPadam1. Pasal lesen - Jawapan dari JPJ, perlu ada International Licence (adus- kenapa plak) Kata JPJ kalu kena tahan, ada IL tak de masalah.
2. Geran - Original (Kalu Myeg perlu update tak) Photostat (kena endorse tak - dari balai polis kah or jpj)
3. Berapa harga insurance kena bayar untuk 5 ari
4. Perlu ambil extra insurance tempatan?
4. Sim card Siam berapa harga ? Untuk kegunaan data / waze
5. Kedai Insurance bukak pukul berapa?
6. Perlu ada sticker SIAM?
Itu setakat ni.. maafkan saya.. terima kasih kalu yg boleh bantu saya..
1. Lesan sedia ada dah cukup
Padam2. Geran ori atau photostat boleh guna.
2.1 Tak perlu cop JPJ
2.2 Kaedah 1 Update dimana mana myeg guna geran
photostat atau geran ori bahagian belakang.
2.3 Kaedah 2 Tanggalkan/koyak roadtax di cermin kereta
dan tunjukkan pada kastam thai.
3. Harga insurans kereta third party 7 hari Kereta 5
penumpang RM17, Kereta lebih 5 penumpang MPV RM20
Starex RM35.
4. untuk apa?
5. Sim card beli kat 7 eleven thai.
6. Kedai insurans buka sampai malam.
7. Sticker siam tak perlu. Orang Malaysia saja saja lekat
sticker siam nak bagitau pi siam
Terima Kasih atas respond Tuan..
PadamBagi soalan no 4.
Perlu ambil extra insurance tempatan?
Contoh, insurance saya Etiqa,kalu saya ambil extra insurance (5 hari saya berada di Siam), akan di charge sebanyak RM20. Perlindungan ini akan cover semasa saya berada di Siam sama mcm mana cover di Malaysia.
Jadi perlu saya ambil?
Insurans untuk cover diri sendiri adalah bagus untuk diambil. Kebiasaannya org ramai tak ambik tapi kalau ambik lagi bagus. Saya tak pasti syarikat insuran malaysia yang cover untuk kereta di thailand. Insuran kereta yang dibeli hanya thrid party untuk cover rakyat thai sahaja.
PadamTerima kasih atas bantuan Tuan...
PadamNak tanya perlu cop bank pada geran fotostat,utk pengesahan geran kereta ori
BalasPadamtak perlu
PadamTumpang tanya psal border pass..border pass buat ikut cmna ya?
BalasPadamMcm sy ic 14 ditgh bukan 02...cuma alamat rumah ja dkt sungai petani....
Boleh tlg bg pencerahan psal ni?
Border pass adalah berdasarkan alamat rumah dan alamat tempat kerja. Contoh sekiranya anda orang kelahiran Melaka dan bekerja di Alor Setar maka alamat di kad pengenalan mestilah Alor Setar. Layak untuk membuat border pass.
PadamKalau boleh..whatsapp sy pn lg bgus...sy first time nk pegi.... 0149462789...no whatsapp sy tu...ayien sp
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamgeran fotokopi yg saya ada memang nama saya tp hak milik dituntut oleh bank. kalau tak belakang tak update cetakan roadtax, boleh ke?
BalasPadamgeran fotokopi yg saya ada memang nama saya tp hak milik dituntut oleh bank. kalau tak belakang tak update cetakan roadtax, boleh ke?
BalasPadamBoleh.
PadamSalam
BalasPadamJika kita ke thailand drive van panjang (12/14 seaters) yang dipinjam / sewa, ada apa-apa syarat khas tak selain dari surat kebenaran owner?
Tiada syarat. Pastikan isi TM2,TM3 sebab ada senarai nama penumpang.
PadamNak tanya.. dekat kaunter imegresen thai perlu serahkan borang tm6 dgn border pass sahaja ka? Borang tm2 & tm3 perlu bg sekali tak sbb dekat kaunter imegresen thai ada tulis kena serah borang tm6, tm2 & tm3.. atau borang tm2 dan tm3 tu perlu serah dekat kaunter kastam sahaja? Pening pulak tang ni sbb biasa masuk tak declare form kastam tu. Waktu nk balik dia tanya tapi dia lepas mcm tu ja la.. tak kena denda apa..
BalasPadamTM2, TM3, geran, passport serah kat kaunter kastam thai. Dia akan keluar custom declaration form ditandatangan. Balik Malaysia nanti serah balik form tersebut.
PadamYa betul tak kena denda sebab dah balik sampai border. Yang nak kena tahan dan denda adalah sewaktu perjalanan sekitar thai.
Kalau kereta yg baru dibeli kurang 6 bukan boleh bawa ke Thailand tak?
BalasPadamKalau kereta yg baru dibeli kurang 6 bukan boleh bawa ke Thailand tak?
BalasPadamYa boleh bawa. Saya pernah bawa kereta baru tak sampai sebulan dengan geran salinan jenis baru yang tiada cetakan bahagian belakang.
PadamMaaf nak tnya kerata sy pun baru kurang stahun.. hanya ada salinan yg cetakan hadapaj shj.... blkg xada... blh kee guna?
PadamSekarang kalau kita bayar road tax, geran tidak di updated seperti dulu lagi oleh JPJ. Ada masalah tak di Thailand?
BalasPadamTakda masalah
BalasPadamsalam..sedikit pertanyaan. sekiranya geran nama org lain then kita just bawa copy geran tu (depan/blkg), perlukan cop pengesahan polis Malaysia tak ? and surat kebenaran membawa kenderaan tu hnya perlu signature dr owner dan carrier sahaja ? juga xperlu pengesahan dr polis malaysia ? lg satu, buat 2 salinan borang tm2&3 tu, serahkan kedua-dua salinan pada kaunter kastam Thailand atau kita simpan 1 salinan ?
BalasPadam1) TAK PERLU apa apa pengesahan/cop polis, jpj, jkk
Padam2) Surat kebenaran MESTI ada
3) TM2&3 serah kat kastam Thai, kalau dia tak nak simpan sebab nanti bila roadblock dia akan minta tm2,3
okay thanks for your advise. insha allah next month my friend n I go to thai for short vacation. thanks again.
PadamKalau xserah borang tm2 dan tm3 time blk kena denda apa2 tak..?ada masalah tak kalau kita nak masuk lagi dgn knderaan yg sama tu..?
Padamsalam tuan.. tumpang tanya.. lau sya nye geran xda update roadtax terbaru kt belakang ok ke untk masuk ke thailand.. ataupon mesti update jgk..
BalasPadamgeran kereta saya ni yg fotostat nye...
PadamGeran tak update belakang tak jadi masalah. Ada 2 pilihan
Padam1) Update kat mana mana myeg
2) Tak perlu update tetapi koyak Roadtax kat cermin kereta dan tunjuk bukti kat kastam thai nanti.
Salam tn , sy nk tahu ttg borang tm2&tm3 yg kita perlu serahkan balik sebelum keluar tu .. jika kita tak serah kan semula borang tm2&tm3 dan terus keluar bila nak masuk semula nanti guna kenderaan yg sama boleh atau tak ? .mohon respon tn .. terima kasih
BalasPadamCustom Declaration Form borang yg di keluarkan pegawai kastam thai masa masuk dimana tuan/puan perlu tandatangan dihadapannya. Borang yg berwarna biru perlu diserahkan dan ditandatangan di hadapan pegawai kastam thai masa keluar. Borang tu yg mesti diserahkan kembali. TM2 TM3 tak serah pun tak jadi masalah.
PadamTerbaik info yg diberi. Syabas. Sgt bermanfaat. Sy akan wasap tuan utk buat insurans nnti
BalasPadamSalam,.maaf tuan..nak bertanya sedikit.. sekarang masih dibenarkan lagi ke rakyat malaysia yg nak masuk wang kelian tanpa passport?
BalasPadamMasuk bebas sehingga 200meter selepas imigresen Thai sahaja.
PadamSalam tuan sy nk tnya klu kereta ada saman boleh bawak pergi Thailand tak.sebab kereta sy ada saman
BalasPadamBoleh
PadamBoleh
PadamBoleh tak buat border pass express di bukit kayu hitam? Kami nk masuk ahad ni. Tp bru perasan border pass dah mati.
BalasPadamBoleh. Buat kat border atau buat kat RTC Napoh sebab orang tak ada.
Padamsalam, kalau dari border thailand nak ke- laos tahu tak macam mana prosedur diorg ?kena bayar insurans dalam berapa rm ?
BalasPadamand, kalau nak lepas border thailand, biasanya diorang check driving license tak ?
Maaf saya tak pernah ke Loas, tak dapat menjawab soalan tuan.
PadamBiasanya sekiranya roadblock check insuran, passport, tm2 & tm3
kalau geran kereta masih di bank mcm mana ya? kalau saya dari terengganu nak ke yala perlu passport ke?
BalasPadamterengganu kena passport. Geran photostat dah cukup
PadamMaaf bertanya..Kalau kita nak jimatkan perbelanjaan minyak..bole tak kalau kita bawak masuk minyak sedikit dlm 20liter letak dlm bonet??
BalasPadamAtau kene declare??
Mohon pencerahan..
Boleh bawa
PadamBoleh ke sy download sendiri borg TM2 dan TM3 kemudia isi sblm masuk ke Thailand?
BalasPadamBoleh
PadamAs Salam Tuan , saya Terlupa nak submit Form " Information Of Conveyance Masa keluar semalam , tapi form Custom & passport semua family dah chop keluar . Macam mana saya nak buat skrg ? TQ Tuan
BalasPadamyang penting borang custom declaration form tu telah diserah dikauanter kastam thai. sekiranya tidak diserahkan borang tersebut maka kenderaan tersebut di kenaakan denda sekiranya menggunakan kenderaan sama untuk masuk thailand pada masa akan datang.
PadamInformation Of Conveyance....tak hantar tak menjadi masalah.
Kalau dari rantau panjang nk ke bkt kayu hitam mnakah urutan laluan yg perlu ditempuhi
BalasPadamTuan rujuk GPS
PadamHi... Sir... Selamat Petang ya ... i nak tanya tentang, kerana i bukan pandu kereta sendiri i ke Thailand so i nak tulis authorise letter ... tapi when i fill in TM2 borang ... dalam column Name of Owner Conveyance i nak isi nama owner kerata itu ataupun nama i ya ? kerana i yang pandu kerata itu masuk ke Thailand ...
BalasPadamNama yang memandu kereta
PadamSalam surat tu mmg wajib buat ka mcm mna
BalasPadamsurat apa ya? kalau diver nama lain, geran nama lain memang kena buat.....nanti tak lepas lah
PadamSalam klu rodtax keta mati bleh x msuk keta kta ke thailand..
BalasPadamtak boleh
PadamTerima kasih. Maklumat yang sangat berguna.
BalasPadamassalamulaikum.. Baman nak tanya..kat geran moto Baman tu ..bahagain cetakan tu dah habih had..renew baru kt pejabot pos pun depa tak print...kena buat geran baru ka..print ja ataih column pemilik tu?...ka kena buat geran baru hat kecik sekeping tu?...saja tanya kot2 Nurmas tau ..
BalasPadamroadtax kecil kat motor ada kan. Jadikan ia sebagai bukti bahawa geran valid.
Padam