Isnin, 7 Mac 2016

Perjalanan Masuk-Keluar dengan kereta Ke Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam

Perjalanan Masuk 

1) Dari Lebuhraya Utara Selatan terus ke Kompleks Imigresyen Bukit Kayu Hitam. Terus ke kaunter imigresyen tanpa perlu turun dari kereta. Turunkan tingkap kereta dan serahkan semua passport atau border pass kepada pegawai tersebut. Passport atau border pass akan disemak, diimbas dan dicop. Passport atau border pass akan diserahkkan kembali kepada anda. Proses di sini sekitar 5 minit sahaja.



















2) Setelah selesai, gerakkan kenderaan anda ke Kompleks Imigresyen Sadao, Songkhla, Thailand. 





3) Belok ke kiri mengikut ( A ) ke tempat letak kereta. Letak kereta anda dan turun semua penumpang termasuk pemandu dan terus ke ( B ) kaunter imigresyen. Pastikan anda lengkapkan borang TM6 Arrival & Departure Card ataupun biasanya di panggil white card. Borang tersebut serta borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List boleh didapati di pejabat imigresyen secara percuma. 

Pastikan dokumen passport atau border pass serta duit RM1 disediakan sebelum beratur di kaunter. Ketika di kaunter passport atau border pass anda akan diperiksa, di imbas muka, di cop pada passport atau border pass serta di cop pada kad TM6.
















4) Pemandu/ Pemilik kenderaan perlu beratur di kaunter kastam ( C ). Pastikan geran samada original atau fotokopi, Borang TM2 (2 salinan), Borang TM3 (2 Salinan) lengkap. Serahkan pada pegawai kaunter tersebut. Pegawai tersebut akan taip borang dan anda perlu tandatangan di ruangan yang disediakan. Salinan borang kastam akan diserahkan pada anda. Salinan ini akan di serahkan kembali apabila keluar mana-mana pintu sempadan. Proses keseluruhan di sini lama bergantung jumlah pengunjung dan boleh mencapai 1-3 jam.


5) Seterusnya, naik dan pandu kereta anda pada lorang yang sepatutnya. Lorong kereta, motosikal dan kenderaan perdagangan berat. Anda boleh terus ke destinasi yang dikehendaki seluruh Thailand.

















Perjalanan Keluar


1) Dari Danok terus ke kompleks imigresyen Sadao. Cari tempat letak kereta seperti di ( A ). Semua penumpang dan pemandu turun bersama passport/border pass terus ke kaunter ( B ) imigresyen Thai. Passport/border pass anda akan diperiksa, di imbas muka, di cop pada passport/border pass. Kad TM6 akan diambil. Sediakan RM1.

Pemandu/pemilik kereta perlu ke kaunter kastam ( C ) untuk menyerah kembali borang kastam serta tandatangan pada buku log yang disediakan.

















2) Naik kereta dan pandu ke Kompleks Imigresyen Bukit Kayu Hitam. Terus ke kaunter dan serahkan passport/border pass tanpa turun dari kereta. Bayar tol menggunakan Touch & Go.
















3) Melalui Kastam Malaysia, kenderaan anda akan di periksa.




1 ulasan:

  1. Salam, jika masuk ke Thailan saya melalui Wang Kelian,Perlis manakala balik masuk ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam,Kedah ianya tiada apa-apa masalahkan?

    BalasPadam