Isnin, 26 Ogos 2013

Taman Rekreasi Darul Aman

Salah satu tempat menarik untuk riadah adalah di Taman Rekreasi Darul Aman yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan. Keluasannya 92 ekar dan mempunyai tasik dengan keluasan 26 ekar. Menariknya kat sini ada trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km, kayak, kereta buggy, bot kayuh, boleh memancing dan paintball pun ada. Kat sini pun banyak acara-acara besar pernah diadakan. Sesuai la untuk orang-orang berkeluarga untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama-sama sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tempah ini merupakan tempat tumpuan riadah samada hari-hari biasa apatah lagi di hujung minggu. Dari Nurmas Homestay hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke Taman Rekreasi Darul Aman.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan