Khamis, 8 Mei 2014

(Cuti-Cuti) Istana Anak Bukit

Istana Anak Bukit terletak di kawasan Anak Bukit atau changkat yang tinggi sedikit di atas sebuah pulau kecil yang dibentuk daripada Sungai Anak Bukit dan Sungai Kuala Cegar, terdirinya sebuah lagi mercu tanda yang melambangkan kedaulatan Kesultanan Negeri Kedah. Istana Anak Bukit merupakan tempat bersemayam keluarga DiRaja iaitu KDYMM Tuanku Sultan Kedah sekeluarga. Di pintu pagar hadapan masuk istana tersebut, terpampang lambang mohor DiRaja dan di barisi pokok-pokok hujan sepanjang jalan masuk ke dalam istana.

Anak Bukit adalah sebuah bandar diraja di Kawasan Parlimen Kuala Kedah di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Anak Bukit merupakan sebuah pekan yang terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas.
Istana Anak Bukit merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, GCB, KStJ. Baginda dilahirkan pada 28 November 1927 dan telah ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke 27 sejak 15
Julai 1958.

Istana Anak Bukit istana telah mejalani ubahsuai sebanyak RM70 juta sempena dengan perayaan ulang tahun ke-50 masa pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ubah suai ini bermula pada Februari 2009, merangkumi pembangunan gedung baru yang bakal menempatkan khalayak baru dan ruang makan yang boleh menampung sehingga 1,400 orang pada satu masa menggantikan jumlah khalayak maksimum sedia ada dan ruang makan yang hanya boleh menampung kurang daripada 1,000 orang. Bangunan ini selesai ubahsuainya pada bulan Oktober 2007.
Aliran sungai yang disebut sungai Anak Bukit mengalir di bahagian belakang bangunan Istana ini dan mengalir melalui Alor Star, Kedah dihubungkan oleh Sungai Kedah ke muara Kuala Kedah.
** 15 Minit dari Nurmas Homestay ke Istana Anak Bukit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan