|
Masjig Terapung Kuala Perlis-Masjid Al-Hussein |
Bagi mereka yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Langkawi boleh membawa kereta dengan menggunakan syarikat Feri Langkawi Ro-Ro. Bukan setakat kereta, basilkal, motosikal, lori, bas dan sebarang kenderaan boleh dibawa dengan menaiki feri tersebut.
|
Semua kenderaan seperti feri Pulau-Pinang |
|
Laluan Masuk Feri Ro-Ro |
|
Kastam Tanjung Lembung Langkawi |
Kadar harga adalah seperti laman web syarikat tersebut
http://www.langkawiroro.com/
|
Tingkat Atas Ruang Duduk Penumpang |
3 jam masa perjalanan di perlukan dari masa bertolak Jeti Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung. Begitu juga masa untuk bertolak pulang dari Jeti Tanjung Lembung ke Jeti Kuala Perlis. Untuk makluman jeti Tanjung Lembung berada agak jauh dari jeti Kuah dan ianya adalah berasingan.
Perkara-perkara yang perlu difikirkan sekiranya ingin ke Langkawi dengan menaiki feri Ro-Ro
- Melebihi 3 hari adalah sesuai kerana kadar kereta sewa di Langkawi adalah mahal.
- Trip bertolak dan balik hanya ada satu feri sahaja atau satu masa sahaja, Rujuk website syarikat tersebut.
- Perlu tempahan awal tarikh untuk bertolak kerana banyak permintaan.
- Perlu juga dinyatakan tempahan untuk pulang kerana permintaan balik pun banyak namun anda boleh telefon syarikat tersebut untuk sebarang perubahan.
- Berada diatas feri dengan masa yang agak lama, maka seharusnya membawa bekal makanan yang banyak terutamanya untuk anak-anak.
- Bawa bahan-bahan bacaan untuk mengisi masa ketika perjalanan feri tersebut.
- Setiasa ingatkan ALLAH tuhan yang mencipta alam semesta. Lihat laut, pulau, daratan, ikan, burung dan fikirlah manusia tidak akan mampu menghasilkan semua itu kecuali ALLAH Taala.
|
Keselamatan Anak-anak tanggungjawab ibu-bapa |
forum lowyat
BalasPadam