Isnin, 21 April 2014

RTC Napoh

Pusat Transformasi Luar Bandar Napoh (RTC Napoh) yang terletak bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di antara Jitra ke Changlun . Jarak dari Nurmas Homestay ke RTC Napoh hanya mengambil masa 10 minit.


RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat:

Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus;
  • Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah;
Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan;
Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus;
Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan