Isnin, 19 Ogos 2013

PUSAT RAWATAN MAHSURI (PRM)


PUSAT RAWATAN MAHSURI (PRM) yang juga disebut sebagai "PRM",telah beroperasi semenjak Oktober 1996. Bermula dari hanya sebuah poliklinik dengan kemudahan yang boleh menangani perbidanan dan kelahiran normal, kini, ia telah dipertingkatkan ke taraf hospital bersalin mulai tahun 2003.
PRM telah memperluaskan kehendak dan keperluan pasaran dari hanya penduduk tempatan di negeri Kedah hingga sejauh Langkawi, malah kini menjangkaui negeri-negeri lain seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Di antara faktor utama pengembangan pasaran ini ialah kerana sebahagian daripada pusat-pusat bersalin yang lain tidak menyediakan perkhidmatan tumpuan (focused service) sebagaimana PRM tawarkan yang bersifat setempat atau dibawah satu bumbung mulai dari pemeriksaan antenatal normal sehingga penjagaan perinatal .
Faktor-faktor lain yang turut menyumbangkan kepada kejayaan dan pertumbuhan positif pasaran PRM termasuklah cas atau harga yang dikenakan sangat kompetitif atau munasabah di samping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang hebat yang disediakan selain ianya dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pada tanggal 1 Ogos 2011, PRM telah diambilalih oleh Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad(KGMKB) dari pemilik sebelumnya. Di bawah skop pasukan pengurusan baru KGMKB, PRM sentiasa memperbaharui dan menambahbaik perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan ia kekal sebagai peneraju utama dalam segmen pasaran ini. Tenaga, budaya kerja dan dedikasi KGMKB serta digabungkan pula dengan reputasi PRM diyakini akan mendominasi dan mengekalkan PRM di tempat teratas di pasaran rantau utara.
 
Hanya 10 minit sahaja dari Nurmas Homestay ke Pusat Rawatan Mahsuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan