Isnin, 22 Februari 2016

Asal Usul Nama Pekan Kodiang

PEKAN Kodiang seperti yang diketahui terletak di antara sempadan negeri Kedah dan Perlis.
Nama “Kodiang” itu dipercayai berasal dari nama Siam iaitu “Kok” atau “Kor” yang bermaksud pulau atau belukar. Manakala “Deng” pula bermaksud merah. Oleh itu rangkaian kata Kokdeng itu boleh diertikan sebagai “Pulau Merah” atau “Belukar Merah”.
Namun begitu, akhirnya ia dipanggil “Kodiang” untuk disesuaikan dengan sebutan orang Melayu. Menurut cerita orang dahulukala, kawasan Kodiang itu dahulunya merupakan lautan yang akhirnya terjadi mendapan lalu timbullah pulau-pulau kecil dan muncullah beberapa buah bukit. Sehingga kini masih terdapat beberapa buah sungai yang dikelilingi oleh sawah.


Satu perkara yang menarik ialah diatas bukit-bukit di sekitar Kodiang iaitu Gua Pasir, Gua Angin, Gua Kerbau dan lain-lain, sehingga kini masih terdapat tulang-tulang dan kerangka-kerangka hidupan laut. Begitulah asal nama Kokdeng yang telah ditukar menjadi Kokdiang yang asalnya dikataka n bermaksud Bukit Merah atau Belukar Merah.
sumber - http://sasterarakyat-kedah.com/

Tiada ulasan:

Catat Komen