Ahad, 6 September 2015

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis Kali Ke-10 (19-21 September 2015)










19 - 21 September 2015
(Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda)
Dewan Ilmu, Pauh Putra


Tahniah kepada semua bakal graduan yang telah berjaya  menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis. Sukacita diingatkan supaya semua bakal graduan mengikuti langkah-langkah berikut sebagai persediaan sebelum , semasa dan selepas Istiadat Konvokesyen:

  1. Sahkan kehadiran melalui http://econvo.unimap.edu.my mulai 28 Ogos 2015 - 15 September 2015.
  2. Melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan melaluihttp://graduat.moe.gov.my (Slip Kajian Pengesanan Graduan perlu dicetak dan diserahkan di kaunter Alumni pada hari pengambilan jubah)
  3. Melengkapkan borang Persatuan Alumni UniMAP melaluihttp://ealumni.unimap.edu.my
  4. Membuat bayaran yuran konvokesyen di mana-mana kaunter Bank Muamalat Berhad. Bil Konvokesyen boleh dicetak melaluihttp://econvo.unimap.edu.my
  5. Mengambil pakaian konvokesyen pada 16 - 18 September 2015 di Bilik Pakaian Konvokesyen, Seriab, Perlis.(Sila tunjukkan kad pengenalan/matrik dan salinan slip bayaran yuran konvokesyen)
  6. Hadir ke sesi Taklimat Graduan pada 17 September 2015, 8.45 malam di Dewan Ilmu, Pauh Putra. (Kehadiran adalah wajib bagi graduan yang menghadiri Istiadat Konvokesyen)
  7. Membaca dan memahami Panduan konvokesyen yang terkandung di laman web ini sebagai garis panduan dan etika menghadiri Istiadat Konvokesyen Kali Ke-10. Sukacita diingatkan bahawa graduan dan ibu bapa/tetamu graduan yang tidak mematuhi etika pakaian yang ditetapkan akan dilarang dari memasuki dewan konvokesyen. MOHON KERJASAMA UNTUK MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN.
  8. Lapor kehadiran pada Marsyal yang bertugas pada pukul 7.30 pagi pada hari konvokesyen sebelum perarakan masuk ke dewan.
  9. Memulangkan pakaian konvokesyen, pengambilan skrol dan transkrip akademik pada 19 - 23 September 2015.
  10. Susunan kedudukan graduan di dalam dewan konvokesyen adalah mengikut NO.GRADUAN seperti yang tertera pada SENARAI GRADUAN di dalam web ini. Graduan adalah diingatkan agar tidak mengubah kedudukan yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan