Selasa, 12 Mei 2015

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 DI DEWAN WAWASAN



Sumber: KOSMO
HARI Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghargaan buat golongan guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan negara.
Dengan tema Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke44 tahun ini bertepatan dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132015.  Enam aspirasi murid yang dijadikan kayu pengukur dalam melahirkan insan berkualiti itu terdiri daripada pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015, Abdullah Mad Yunus berkata, melalui tema tersebut, kesemua
guru di Malaysia perlu mempunyai aspirasi yang sama untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia dalam melahirkan modal insan cemerlang.  "Diharapkan sambutan pada tahun ini akan menyemarakkan lagi semangat guru untuk menghasilkan idea kreatif
dan inovatif dalam transformasi pengajaran dan pembelajaran. "Tahun ini negeri Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah untuk meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke44,
dengan pelbagai program menarik akan diadakan selama tiga hari bermula 14 Mei ini," katanya pada sesi temu bual yang diadakan baru-baru ini. Menurut Abdullah, pengisian program bagi sambutan hari guru tersebut termasuklah program wacana intelek, forum agama, sesi dialog dan pameran pendidikan dengan acara kemuncaknya Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Wawasan Jitra, Kedah pada 16 Mei ini. "Kami menjangkakan kehadiran seramai 10,000 pengunjung sepanjang sambutan tiga hari ini memandangkan jawatankuasa perayaan Hari Guru tahun ini telah merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian. "Dari segi persiapan boleh dikatakan hampir 90 peratus telah siap memandangkan jawatankuasa peringkat pelaksanaan telah membuat persediaan rapi dengan kekuatan lebih 1,000 tenaga kerja yang terdiri daripada warga KPM, badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru," katanya yang memberitahu kerajaan telah memperuntukkan RM500,000 bagi meraikan Hari Guru Kebangsaan 2015.
Program sempena sambutan Hari Guru 2015 akan diadakan di lima lokasi sekitar Kedah iaitu Stadium Sultan Abdul Halim, Dewan Kolej Universiti Insaniah,
serta Masjid AlBukhary di Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid di Jitra dan Muzium Padi Kedah. Sebelum ini, Majlis Prapelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan
Kali Ke44 Tahun 2015 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 April lalu.
Turut dilanearkan pada hari yang sama, Facebook dan Twitter Hari Guru 2015 bagi membolehkan masyarakat menggunakan media sosial untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan kepada guru.  Tambah Abdullah, seperti tahun-tahun sebelum ini, Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015 akan mengiktiraf pengorbanan
guru menerusi dua anugerah utama iaitu Tokoh Guru Kebangsaan 2015 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2015 yang akan disampaikan oleh Muhyiddin.
"Calon guru terbaik dari setiap negeri akan disaring pada sesi pemilihan yang dianggotai oleh jemaah nazir dan mereka akan dinilai dari segi sumbangan
dalam bidang pendidikan negara," ujarnya. Mengulas lanjut, beliau berharap sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun sekurang-kurangnya dapat dijadikan
sebagai hari khusus untuk masyarakat merenung dan mengingati kembali pengorbanan seorang guru yang banyak berjasa dalam melahirkan modal insan cemerlang untuk negara.
* Hanya 5 minit dari Nurmas Homestay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan