Pas sempadan Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) ketika ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.
Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.
Pas Sempadan Malaysia - Thailand
1. Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.
2. Tempoh Sahlaku
SETAHUN dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
3. Syarat-Syarat Am
a. Satu (1) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm (Background Putih)
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
Pemohon
|
Syarat-Syarat
|
Berumur 15 tahun ke atas
|
a. Satu (1) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah
|
Berumur di bawah 15 tahun
|
a. Satu (1) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah
|
Jika pemohon diiringi oleh isteri
|
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah
d. Satu (1) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan
|
4. Bayaran - RM 10.00
Info dari jabatan imigresen Malaysia
- Perkhidmatan Insurans Kenderaan ke Thailand
- Membawa Kereta dan memasuki Thailand
- Pas Sempadan Malaysia - Thailand
- Percutian Ke Ao Nang, Krabi dan Phuket
- Sepetang di Zoo Songkhla, Thailand
- Danok, Thailand adalah Sempadan Bukit Kayu Hitam
- Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand
- Perjalanan Masuk-Keluar dengan kereta Ke Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan