Sumber: http://matkedah.com
Sejak dua menjak ni kawasan utara dok glamor dgn masakan Arab. Bagi
org yg tak pernah jijak kaki kat tanah Arab mcm aku ni mungkin cukup
sekadar pi pekena makan nasi kat restoran berkonsepkan makanan ala ala
Arab. Pertengahan bulan Januari hari tu, aku dah pi Old Castle kat Anak
Bukit, namun semua nya agak mengecewakan aku sebab makanan yg di
sediakan tak menepati citarasa dan mungkin indah kabar dari rupa.
Hari ni aku berani mencuba sekali lagi masakan Nasi Arab di salah sebuah restoran baru dibuka di Bandar Darulaman, Jitra.
Setiba nya disini, suasana restoran yg tenang dan cantik telah membuka selera makan kami.
Rabu, 13 Februari 2013
Danok, Thailand adalah Sempadan Bukit Kayu Hitam
Membeli belah di Danok Selatan Thailand |
Namun sebenarnya ia adalah syurga membeli-belah kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Petaling Street.
Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand
Sumber: http://teratakdbendang.blogspot.com
Pintu masuk bukit ke Thailand, Bukit kayu hitam, dihadapan cop passport malaysia dan Thailand |
Isnin, 4 Februari 2013
Pekan Rabu
Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.
Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).
Langgan:
Catatan (Atom)