Minggu ini ramai tercari-cari tempat menginap terutamanya 9 dan 10 Disember ini. Tarikh tersebut adalah hari pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru Politeknik Muazzam Shah-POLIMAS. Nurmas Homestay menjadi pilihan bagi keluarga Puan Norehan dari Seremban, Negeri Sembilan. Khabarnya anaknya dapat diterima memasuki POLIMAS manakala anak saudaranya pula dapat tempat di Polteknik Arau. Sebagaimana yang telah dijanjikan promosi tinggal 3 hari dan percuma sehari, maka Puan Norehan menggunakan peluang itu untuk urusan pendaftaran dan melancong terutamanya sekitar Kedah Perlis. Puan Norehan hanya bayar RM150 x 3 = RM450 + Sehari PERCUMA = 4 Hari. Nurmas Homestay mengucapkan Tahniah dan terima kasih kerana menginap disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan