"myHingaQmNega @ Taman Tasik Darulaman Jitra
MyHingaQ meruapakan satu BRANDING yang di wujudkan Bahagian Industri Desa & Usahawan (BIDU ) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDA ) untuk menjadi platform dalam penganjuran program untuk mengwujudkan jualan produk dari usahawan KEDA di samping program samping untuk menekankan kepada aspek kerohanian,inovasi dan program kemasyarakatan.MyHingaQ direncanakan menjadi satu aktiviti HARI BERTEMU PELANGAN untuk usahawan KEDA dan di anujurkan dengan siri jelajah di seluruh bandar di dalam negeri Kedah Darulaman.
- myHingaQmNega adalah satu program yang berdiri atas tahapnya sendiri dengan penganjuran pelbagai program tetapi perlu memenuhi aspek kerohanian, inovasi dan berbentuk kemasyarakatan. Kesemua program yang direncanakan lebih mengkhususkan kepada penjenamaan produk usahawan dan penyertaan terbuka kepada para pengunjung tanpa mengira agama dan bangsa.
- Selain dari asas pengajuran program dengan konsep jualan kepada para usahawan bimbingan, program myHingaQmNega juga merupakan satu tranformasi kepada para usahawan untuk menjenamakan produk dan servis yang mereka tawarkan. Pelancaran pelbagai produk usahawan KEDA akan berlangsung di program yang akan menjadikan satu langkah pertama usahawan dalam memasuki pasaran terbuka.
- Memeriahkan program turut di sertai oleh syarikat-syarikat swasta dengan mengkhususkan kepada bidang permotoran,perbankan, perumahan,pendidikan dan lain-lain bidang yang boleh mengambil peluang program ini sebagai platform untuk untuk memasarkan produk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan