Memaparkan catatan dengan label iCompEx. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iCompEx. Papar semua catatan

Rabu, 7 Februari 2018

iCompEx'18



TARIKH: 20 - 22 MAC 2018
TEMPAT: DEWAN WAWASAN, JITRA

Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) adalah pertandingan dan pameran projek inovasi atau penemuan baru. Kemaslahatan pertandingan ini menjadi landasan kepada peserta untuk mengenengahkan hasil penyelidikan kepada orang ramai. Ia juga menggalakkan penyelidik sebagai usaha berterusan menghasikan inovasi atau penciptaan baru. iCompEx dibuka penyertaan kepada penyelidik Seluruh Malaysia yang terdiri dari Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain. iCompEx merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah sejak tahun 2013. Penganjuran iCompEx mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Kerajaan Negeri Kedah. Penganjuran iCompEx pada tahun 2015 telah berjaya menarik penyertaan terbanyak dan diikitiraf oleh“The Malaysia Book of Records for Organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”. iCompEx’18 yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2018 merupakan kali ke-6 penganjurannya. iCompEx’18 akan diadakan 3 kategori iaitu Pertandingan Projek Inovasi (PI), Pembentangan Kertas Penyelidikan Akademik (PK) dan Pembentangan Kertas Inovasi (PP) yang akan dibahagikan kepada beberapa Kelas.

Rabu, 11 Januari 2017

iCompEx'17 PoliMas

iCompEx merupakan akronim kepada “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” sebagai satu jenama pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek pelajar dan produk penyelidikan yang berkualiti. 

iCompEx mula digerakkan pada awal tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah berjaya menarik sebanyak 650 penyertaan yang melibatkan penyertaan di peringkat dalaman, beberapa politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan/Swasta dan sekolah. iCompEx’15 berjaya menarik penyertaan yang lebih ramai dan diikitiraf “The Malaysia Book of Records for organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”. iCompEx’17 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mac 2017 ini merupakan kali kelima penganjurannya. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan idea untuk dimajukan.



Selasa, 15 Mac 2016

iCompEx'16 National Innovation & Inventition Competition Through Exhibition 2016

Nurmas Homestay menyediakan penginapan semperna iCompEx'16 yang akan berlangsung pada 21-24 Mac 2016. Nurmas Homestay juga menawarkan sebutharga bagi penginapan sekitar Jitra, Changlun dan Alor Setar terutamanya kepada institusi-institusi awam yang memerlukan sebutharga serta pembayaran melalui Pesanan Kerajaan (LO). Sebarang pertanyaan whatsapp 019-5296852.



Selasa, 3 Mac 2015

Khamis, 20 Mac 2014

iCompEx 2014 di POLIMAS

Jemputan kepada semua pelajar dan orang awam pelbagai peringkat bagi mengikuti pameran 'National Innovation and Invention Competition Through Exhibation 2014' di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Jitra pada 24 dan 25 Mac 2014.