Memaparkan catatan dengan label Dewan Wawasan Jitra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dewan Wawasan Jitra. Papar semua catatan

Rabu, 7 Februari 2018

iCompEx'18



TARIKH: 20 - 22 MAC 2018
TEMPAT: DEWAN WAWASAN, JITRA

Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) adalah pertandingan dan pameran projek inovasi atau penemuan baru. Kemaslahatan pertandingan ini menjadi landasan kepada peserta untuk mengenengahkan hasil penyelidikan kepada orang ramai. Ia juga menggalakkan penyelidik sebagai usaha berterusan menghasikan inovasi atau penciptaan baru. iCompEx dibuka penyertaan kepada penyelidik Seluruh Malaysia yang terdiri dari Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain. iCompEx merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah sejak tahun 2013. Penganjuran iCompEx mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Kerajaan Negeri Kedah. Penganjuran iCompEx pada tahun 2015 telah berjaya menarik penyertaan terbanyak dan diikitiraf oleh“The Malaysia Book of Records for Organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”. iCompEx’18 yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2018 merupakan kali ke-6 penganjurannya. iCompEx’18 akan diadakan 3 kategori iaitu Pertandingan Projek Inovasi (PI), Pembentangan Kertas Penyelidikan Akademik (PK) dan Pembentangan Kertas Inovasi (PP) yang akan dibahagikan kepada beberapa Kelas.

Ahad, 30 April 2017

Maharaja Lawak Mega 2017



Pertandingan Akhir Maharaja Lawak Mega 2017 akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah Darul Aman. Ini merupakan kali ke 2 dewan ini digunakan untuk pertandingan sedemikian. Kali terakhir Maharaja Lawak Mega 2014 diadakan pada 24 Januari 2014. Turut diadakan program karnival Maharaja Lawak Mega Final 2017 bermula 3 Mei hingga 5 Mei 2017.
Dari Nurmas Homestay Ke Dewan Wawasan hanya mengambil masa 5 Minit sahaja.

Selasa, 12 Mei 2015

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 DI DEWAN WAWASAN



Sumber: KOSMO
HARI Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghargaan buat golongan guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan negara.
Dengan tema Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke44 tahun ini bertepatan dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132015.  Enam aspirasi murid yang dijadikan kayu pengukur dalam melahirkan insan berkualiti itu terdiri daripada pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015, Abdullah Mad Yunus berkata, melalui tema tersebut, kesemua
guru di Malaysia perlu mempunyai aspirasi yang sama untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia dalam melahirkan modal insan cemerlang.  "Diharapkan sambutan pada tahun ini akan menyemarakkan lagi semangat guru untuk menghasilkan idea kreatif

Isnin, 3 November 2014

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tarikh: 15 November 2014
Tempat: Dewan Wawasan, Jitra, Kedah

Isnin, 20 Januari 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Dewan Wawasan Jitra

Acara: Maharaja Lawak Mega 2013 Jelajah Lawak Kedah
Tarikh: 24 Januari 2014
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Wawasan, Jitra Kedah

Jarak Nurmas Homestay 1 ke Dewan Wawasan 1k m (4 minit)
Jarak Nurmas Homestay 2 ke Dewan Wawasan 2 km (7 minit)

Kepada mereka yang memerlukan penginapan sila hubungi 019-5296852

Jumaat, 2 November 2012

Dewan Wawasan Jitra

Tempat menarik yang berdekatan dengan Nurmas Homestay adalah Dewan Wawasan Jitra. Kedudukan koordinat pada  6°17'53"N   100°25'18"E. Dewan Wawasan Jitra ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu serta berhadapan dengan lebuhraya utara selatan. Dewan yang pelbagai guna ini digunakan untuk acara-acara yang besar seperti Majlis Diraja, Majlis Menteri Kerajaan, Majlis Konvokesyen, Majlis Perkahwinan, Kursus Perdana Haji Negeri Kedah, Konvesyen Pameran dan banyak lagi. Apa yang menariknya lagi jarak Nurmas Homestay dengan Dewan Wawasan sekitar kurang 1km dan mengambil masa 5 minit sahaja dengan berkereta.