Selasa, 11 Jun 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2013 IPG Kampus Darulaman


IPG Kampus Darulaman merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1990, IPG Kampus Darulaman telah mengendalikan pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan  keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun
pihak IPG Kampus Darulaman sendiri. Dengan Motto `Sinar Ilmu di Utara` diharapkan IPG Kampus Darulaman mampu memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa. Pendaftaran pelajar baru adalah seperti berikut;
Tarikh : 16 Jun 2013 ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Foyer Pusat Sumber IPGK Darulaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan