Isnin, 26 November 2012

Muzium Padi



Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar dan mengambil masa 30minit dari Nurmas Homestay. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.
Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.
Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.

Sabtu, 24 November 2012

Masjid Zahir


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan limat rukun Islam.

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Khamis, 8 November 2012

PERCUMA Air Mineral Semulajadi Keluaran Maahad Darul Hadis Yayasan PAKSI

Sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh tetamu-tetamu sepanjang bulan November dan Disember 2012 ini maka Nurmas Homestay menghadiahkan Air Mineral Semulajadi dengan BACAAN 30 JUZUK Ayat Suci AL-QURAN.

Air mineral ini merupakan produk keluaran pusat pengajian ilmu hadis Maahad Darul Hadis Yayasan PAKSI. Maahad Darul Hadis merupakan pusat pengajian yang tersohor di utara semenanjung dan di nusantara.

Air ini mempunyai khasiat dari segi rohani dan jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Diberi minum kepada seseorang sebagai ikhtiar bagi mengusir gangguan jin, iblis dan syaitan yang bersarang di dalam tubuh seseorang.

Air ini boleh diberi minum kepada anak-anak yang masih menuntut pelajaran sebagai ikhtiar untuk kecerdasan akal, kelembutan hati serta penerang hati.

Boleh diberi minum kepada ibu-ibu yang sedang hamil sebagai ikhtiar bagi kesihatan dalam kandungan.

Tahukah Anda, terdapat tujuh kaedah berubat dengan Al-Quran iaitu;
1. Membaca Al-Quran
2. Mendengar Al-Quran
3. Minum Air Al-Quran
4. Mandian Air Al-Quran
5. Sapuan Air Al-Quran
6. Tulisan Al-Quran
7. Wangian Al-Quran

Ahad, 4 November 2012

Tips Memilih Homestay

Bagaimana untuk mencari homestay? Kebiasaanya yang dilakukan oleh semua orang adalah dengan bertanyakan Pakcik Google. Pakcik Google tahu apakah yang anda perlukan dengan hanya memberi arahan seperti carian "Homestay di Kedah' ataupun "nurmas homestay' dan kemudian klik cari atau search.
Hasil carian tersebut pilihlah halaman website yang di kehendaki.

Bagaimana hendak mengetahui homestay yang terbaik?

1. Perlu tahu lokasi yang anda ingin berurusan. Contohnya lokasi yang anda akan berurusan adalah 'Hospital Jitra'.

2. Pilih homestay jarak yang terhampir dengan 'Hospital Jitra' sebagai keutamaan.

3. Lihat kemudahan yang terdapat di dalam homestay tersebut. Contohnya homestay tersebut mempunyai berapa bilik,

4. Pilih homestay yang bersih serta kemas.

5. Persekitaran yang selamat serta kejiranan yang baik.

6. Harga semalam di homestay tersebut adalah O.K atau harganya tidak patut.

7. Bonus jika homestay tersebut mempunyai Aircond, Dapur memasak, Water heater, Peti sejuk, Seterika.

8. Selepas membuat pilihan homestay, telefonlah pemilik homestay untuk membuat tempahan atau mengetahui apa yang ingin diketahui.

9. Bayar deposit yang diperlukan seperti bank in ke akaun bank pemilik homestay serta simpan resit sebagai rujukan. Resit penting untuk disimpan contohnya sekiranya anda tidak dapat menginap di homestay tersebut atas sebab bukan kesalahan anda maka deposit tersebut wajar dituntut. Sekiranya pemilik homestay tidak memulangkan deposit tersebut atas alasan yang tidak logik maka anda bolehlah membuat aduan di TRIBUNAL PENGGUNA.

10. Selepas membayar deposit, pelanggan mestilah membaca terma dan syarat perkhidmatan tersebut supaya kedua -dua belah pihak jelas dan tiada sebarang salah faham.

Mudahan Bermanfaat.

Jumaat, 2 November 2012

Masjid Sharifah Fatimah Jitra

Masjid yang terhampir dengan Nurmas Homestay adalah Masjid Sharifah Fatimah Paya Kemunting. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan berkenderaan. Masjid yang terletak di tepi jalan utama menjadi pilihan kepada mereka yang ingin bersolat. Ketika ini Masjid Sharifah Fatimah dalam proses pembesaran masjid dengan menambah ruangan solat dari 1 tingkat menjadi 2 tingkat.

Kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan atau peluang keemasan untuk infaq atau derma ke Tabung Pembinaan Masjid Tambahan Masjid Sharifah Fatimah  amatlah dialukan walaupun berada dimana-mana sahaja.

Sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Tambahan Masjid Sharifah Fatimah
melalui BANK ISLAM atas nama MASJID SHARIFAH FATIMAH JITRA 02039010047153

Dewan Wawasan Jitra

Tempat menarik yang berdekatan dengan Nurmas Homestay adalah Dewan Wawasan Jitra. Kedudukan koordinat pada  6°17'53"N   100°25'18"E. Dewan Wawasan Jitra ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu serta berhadapan dengan lebuhraya utara selatan. Dewan yang pelbagai guna ini digunakan untuk acara-acara yang besar seperti Majlis Diraja, Majlis Menteri Kerajaan, Majlis Konvokesyen, Majlis Perkahwinan, Kursus Perdana Haji Negeri Kedah, Konvesyen Pameran dan banyak lagi. Apa yang menariknya lagi jarak Nurmas Homestay dengan Dewan Wawasan sekitar kurang 1km dan mengambil masa 5 minit sahaja dengan berkereta.

Khamis, 1 November 2012

PERCUMA

Nurmas Homestay mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu-tetamu yang akan menginap sepanjang bulan November dan Disember 2012 ini maka Nurmas Homestay akan memberikan hadiah Tasbih Digital kepada mereka yang akan menginap. Semoga pemberian kecil ini akan memberi manfaat.